Review Kayman Beauty HyaluMelon Mist Toner - Latest Product

Assalamualaikum & Hi...I'm back! lama dah tak update kan? Doakan lepas ni Qalbees rajin update blog tau :)

Ada dengar cerita tak yang Kayman Beauty baru je release produk baru? Apa dia produk tu?

HyaluMelon Mist Toner (HMT)

Yasssss!!!! Kali ni produk baru Kayman adalah toner & baru2 ni Kayman baru jugak release moisturizer dia which is Skintella Moisturizing Gel. Tu nanti next entry Qalbees review okay.

Back to HyaluMelon Mist Toner, macam mana nak sebut tu?terbelit lidah tak?

Cara sebut Hyalumelon macam ni = Ha-Ya-Lu-Me-Lon

Qalbees pun kadang2 tersasul jugak sebut dia. Okay next jom reveal packaging dia.


1. Packaging Box


Kotak hitam packaging hitam tu signature color Kayman. Kena ingat tu. Macam biasa, kalau Kayman keluar produk baru, signature Kayman mesti akan ada colored line dekat packaging dia. Kali ni warna merah which is synonym dengan nama dia HyaluMelon. Melon? haa nanti kita sembang lagi kat bawah. Ada kena mengena dengan ingredients dia :)


2. Packaging Botol


Ombre bottle is back. Sebelum ni botol ombre Kayman keluarkan ialah botol Skintella Repairing Serum & Coalberry Cleanser. Sebab apa Kayman buat botol ombre ni? Sebab Kayman amat titik beratkan feedback customer which is time tu ramai customer share pendapat yang dieorang susah nak tengok produk kat dalam botol tu takat mana level dia. Kadang2 tup2 picit2 dah habis so tak sempat nak beli. So bila botol ombre, senang la korang nak check level produk tu kat mana. Boleh la beli standby produk awal2.


3. Full Size Reveal


Cantik kan? Botol spray macam face mist tapi ni toner tau. Senang tak payah nak tuang2 kat tapak tangan. Korang spray je, lepas tu pat je muka untuk lagi absorb. Botol dia debab & ketot, so senang sangat kalau nak bawa pergi mana mana. Lagi satu, bila spray, mist yang keluar tu sangat halus so takde la korang terkejut bila spray.


4. Texture


Texture dia cloudy macam ni. Nampak macam cream tapi bukan. Sangat2 lightweight bila pakai. Takde rasa greasy pun & selesa sangat dekat kulit.


Korang tengok bila Qalbees spray, nampak tak halus dia macam mana? So bila korang spray toner ni, takde la korang terkejut bila dia sembur kat muka :p


5. Product Description (Based on Website)
Packed with Watermelon Fruit Extract, Rice Bran Oil and Hyaluronic Acid, enrich your skin with the cooling, softening and hydrating effects of this mist toner. The fast-absorbing and lightweight formulation will help keep your skin well hydrated and refreshed throughout the day.


6. Ingredients (Based on Website)
Citrullus Lanatus (Watermelon) Fruit Extract, Oryza Sativa (Rice) Bran Oil, Glycerine, Butylene Glycol, D-Panthenol, Centella Asiatica Extract, Hyaluronic Acid, Iscaguard PEG, Allantoin, Carbopol, TEA.


Ada 3 key ingredients dalam Kayman HyaluMelon Mist Toner, which is :-

1. Watermelon Fruit Extract (Tembikai)
- Bantu untuk calm & soothe kulit
- Kaya dengan antioxidant

2. Hyaluronic Acid
- Provide hydration pada kulit
- Hold moisture dalam kulit supaya kulit kekal lembab

3. Rice Bran Oil
- Melembutkan & bagi kelembapan pada kulit
- Bantu untuk baiki skin barrier yang rosak


7. Function Kayman HyaluMelon Mist Toner
> Provide hydration
> Cools & soothes skin
> Lightly moisturize the skin
> Helps with dry patches & flaky skin
> Perfect for sandwich layering method (toner-essence-toner-serum-toner-moisturizer)
> Helps with redness, irritation & skin inflammation


8. Cara Pemakaian Kayman HyaluMelon Mist Toner
Korang boleh spray HMT lepas cuci muka dengan cleanser. Sama ada nak lap muka kering2 lepas tu spray HMT atau pun masa muka lembab2 je (jangan basah sangat yang air menitik tu). Tapi recommended spray masa muka lembab2 lepas cuci muka sebab bila kita spray toner masa muka lembab2, produk lagi senang absorb pada kulit berbanding spray masa kulit kering. At the same time, kita prep skin kita untuk next produk supaya senang absorb jugak. Dah spray HMT, korang pat pat pat je muka & ratakan , then boleh proceed pakai produk seterusnya. 


9. Harga & Volume
Jangan risau. Harga mesra poket. RM59/110ml. 110ml banyak tau. Kalau korang pakai hari2, pagi malam boleh tahan 2 - 3 bulan depends pada amount korang spray tu.


10. Recommended For?
Kayman HyaluMelon Mist Toner sesuai untuk semua jenis kulit dari normal, combination, dry & oily skin sesuai pakai toner ni. Semua jenis kulit mesti suka. 


11. My Personal Experience
Satu je nak describe. AMAZING. Seriously korang wajib try kayman toner ni. Dia sangat2 lightweight & selesa kat muka, tak rasa berminyak. Especially siapa yang ada combination to oily skin confirm suka. Sebab my skin is combination oily skin type. So sangat2 recommended untuk korang try toner ni. Semua jenis kulit pun boleh pakai toner ni. Confirm korang suka.

Cara Qalbees pakai Kayman HyaluMelon Mist Toner ni, memang akan apply masa AM & PM routine. Ada minggu kulit Qalbees akan rasa dehydrated, tegang & rasa kering, Qalbees akan buat layering method. Macam mana layering  method ni? Qalbees spray 3-4 layer HMT untuk extra hydration. Biasanya sekali spray, Qalbees pump 3x untuk cukup whole face. Dah pat dry, Qalbees akan spray lagi 1 layer. Dah kering lagi, spray lagi 1 layer. Then, baru poceed step skincare yang lain. Esok pagi bangun kulit toink toink toink lembut gila. Macam tu la layering method. Atau boleh jugak buat sandwich method. Sandwich method secara ringkas nya macam ni :- HMT > Essence > HMT > Serum > HMT > Moisturizer > HMT. Setiap produk yang kita pakai, layerkan dengan toner. Haa macam tu. 

Effect dia macam mana pula? It does what it claims. Even texture dia lightweight, tapi rasa cukup hydrate kulit. Bila spray tu kan, rasa sejuk je muka. Soothing je rasa nak2 kalau spray masa cuaca panas. Kalau yang duduk bilik aircond, lagi la korang kena rajin spray toner ni jangan bagi kulit kering.  Korang spare je HMT dalam handbag korang. Senang bawak pergi mana2. Next time, Qalbees nak try letak dalam peti ais. Mesti lagi best.

One more thing, dalam ingredients Kayman toner, no alcohol & no fragrance tau. Tapi macam ada bau air beras sikit2. Tu memang bau natural hasil mix ingredients dalam toner tu. Ada certain orang, skin dia sensitif dengan fragrance. So kalau korang tak suka pakai skincare yang ada fragrance, toner ni memang apa yang korang cari selama ni. Please lah beli sebab best! Lately ni, Qalbees appreciate sangat2 brand yang buat no fragrance dalam skincare sebab pelik rupanya kalau ada bau bila dah apply kat muka. I don't like it!

Tapi tapi tapi....this toner is not safe untuk fungal acne. Tapi korang jangan self-claim yang korang ada fungal acne. Apa2 pun kena consult dengan doktor sebab doktor je yang boleh sahkan itu fungal acne atau bukan. Fungal acne bukan diri sendiri assume tau. Asal ada bumps & jerawat je claim fungal acne. Bukannn..😂

So conclusion nya, Kayman HyaluMelon Mist Toner is a must-have toner untuk semua orang. Rugi korang tak try. Sesiapa yang tengah cari hydrating ingredients untuk include dalam routine korang, please beli toner ni. Korang takkan menyesal. Qalbees tak overclaim tau. Ni betul serious.

Thanks korang sebab baca Qalbees bebel. Apa yang Qalbees tulis ni memang 200% jujur sebab Qalbees sendiri try semua produk Kayman. Qalbees takkan review  produk yang Qalbees tak pakai & takkan recommend kat korang kalau benda tak bagus. Trust me okay? Meh la sama2 ke arah kulit sihat. Tak flawless takpe, yang penting kulit sihat :)

Ingat ni "Flawless skin is impossible, healthy skin is achievable"


Kalau korang nak beli, boleh klik link ni & jangan lupa claim free shipping:-



Kalau korang nak beli lebih dari 2 item, boleh whatsapp terus tau.

https://beacons.page/qalbees


See you next entry, Okay bye!











Post a Comment

0 Comments