Produk Baru Kayman Beauty - HoneyGlo Facial Exfoliant First Impression & Review

 Assalamualaikum... heyyo I'm back :) Sorry tau lama menyepi

Macam biasa, kalau Kayman ada keluar produk baru, harus lah kita review dulu kan. Tahu dah ke Kayman Beauty dah release produk baru? Tak tahu?

Lemah.....hehehe gurau2. Okay macam ni cerita dia. Kayman baru je launching keluar kan produk baru masa 26 November 2021. Hampir 2 bulan dah ikutkan dari tarikh official launching. Nama produk baru kali ni ........

 HONEYGLO FACIAL EXFOLIANT (HGE)                 

HoneyGlo Facial Exfoliant sejenis hybrid exfoliator. Kenapa hybrid? Ha tu korang kena teruskan baca sampai habis. 

Korang familiar tak dengan terms 'exfoliant' tu? Secara asasnya, nak bagi faham & bahasa mudah nya exfoliant ni sejenis produk untuk membuang sel kulit mati. Exfoliant boleh diformulasi dalam bentuk toner, serum & scrub.  Nak tahu detail apa exfoliant tu, korang boleh baca sini 👇

Perlu Ke Exfoliation Dalam Skincare Routine

So..boleh agak tak Kayman keluarkan exfoliant dalam bentuk apa? Jeng jeng jeng


1. Packaging Box

Jjannnnn! Kali ni signature line bawah box tu warna kuning 😍 Boleh relate warna kuning dengan ingredients apa tak? Setiap packaging box & botol yang datang dari HQ, stokis & agent, akan seal dengan plastik tau kat luar box tu tau. So korang jangan risau ok. Produk Kayman semua original & authentic. 


2. Packaging Produk


FUH! Macam biasa la warna hitam. Sleek kan tube warna hitam macam ni? Kalau korang tengok tube dia kurus je. Senang kalau korang nak letak mana2 nanti. Jimat space jugak ✌ 


3. Texture

Close up texture



Kayman HoneyGlo Exfoliant - Water Gel Texture & contain cellulose microbeads     

                                                                                     
Texture dia water-gel texture tau. Nampak tak biji2 halus tu? dia sangat2 la halus & tak kasar langsung which is good sebab dia gentle je dekat kulit. Kebiasaan scrub yang kita jumpa dekat drugstore, mostly beads dia agak kasar & bila beads kasar, ada possibility berlaku nya microtear dekat sel kulit kita. Kita tak nampak microtear tu, tup2 skin rasa pedih je tiba2. Tu tandanya skin barrier kita tengah rosak. Beads dalam Kayman HoneyGlo ni adalah Cellulose Microbeads, sangat halus & tak kasar. Jadi, untuk siapa yang baru nak try exfoliate kulit sangat la sesuai dengan Kayman HoneyGlo & korang confirm suka HGE ni. 


4. Product Descriptions (Based on Website)
HoneyGlo Facial Exfoliant is a hybrid exfoliator made for everyone in mind. The natural exfoliating factors from fermented honey and fruit enzymes combined with cellulose beads in this gentle formula help lift off dead skin cells effectively for a smoother, brighter complexion.



5. Ingredients (Based on Website)
Water, Quaternium-60, Glycerine, Methylpropanediol, Carbomer, Cellulose Acetate, Papain (Papaya Fruit Enzyme), Ananas Sativus (Pineapple) Fruit Extract, Fermented Honey Filtrate, Phenoxyethanol, Propylene Glycol, Opuntia Ficus-Indica Stem Extract, Triethylene Glycol

Perasan tak yang Qalbees highlight color lain tu? Ha..3 ingredients tu la key ingredients dalam HoneyGlo Facial Exfoliant.

1. Papain (Papaya Fruit Enzyme a.k.a Enzim Betik)
  • Exfoliate kulit dengan lebih lembut
  • Membuang sel kulit mati
  • Bantu untuk menenangkan kulit

2. Pineapple Fruit Extract (Ekstrak Nanas)
  • Mencerahkan kulit
  • Mempunyai sifat anti-keradangan (anti-inflammatory)
  • Exfoliate kulit dengan lebih lembut

3. Fermented Honey Extract (Ekstrak Madu Yang DiPeram)
  • Membantu mengurangkan kulit kusam
  • Melembutkan kulit
  • Exfoliate kulit dengan lebih lembut


6. Fungsi HoneyGlo Facial Exfoliant
🍍Melonggar & menanggalkan sel kulit mati daripada permukaan kulit
🍍Bantu mencerahkan kulit
🍍Membaiki tona & texture kulit dengan lebih baik
🍍Memudarkan hyperpigmentations
🍍Membantu produk lain untuk menyerap & menembusi ke dalam lapisan kulit dengan lebih baik



7. Kenapa Kayman HoneyGlo Facial Exfoliant Special Berbanding Scrub Kat Luar?
Untuk pengetahuan korang, Kayman HoneyGlo sejenis Hybrid Exfoliant. Hybrid? Okay macam ni. Key ingredients dalam HGE ialah fermented honey (madu yang diperam) & fruit enzymes (papaya & pineapple). Dalam fermented honey & fruit enzymes ada Natural Exfoliating Factors (NEF) yang dah sedia ada dalam extract tu. Jadi, kombinasi antara NEF dengan cellulose beads tu yang dikatakan hybrid. 





8. Cara Nak Include Kayman HoneyGlo Dalam Rutin
Ada 3 cara macam mana nak include Kayman HoneyGlo dalam rutin korang. Korang boleh refer gambar bawah ni okay :)


Cara 1 : Sebelum Cleansing
Kayman HoneyGlo Facial Exfoliant - Coalberry Cleanser/Coalface Soap - HyaluMelon Mist Toner - Skintella Moisturizing Gel

Cara 2 - Selepas Cleansing
Coalberry Cleanser/Coalface Soap - Kayman HoneyGlo Facial Exfoliant - HyaluMelon Mist Toner - Skintella Moisturizing Gel

Cara 3 - Double Cleansing
Cleansing Oil - Kayman HoneyGlo Facial Exfoliant - Coalberry Cleanser/Coalface Soap

Seminggu 1-2 kali je tau pakai. Pakai selang hari. Jangan pakai hari2 sebab bila over exfoliate boleh menyebabkan skin barrier kita rosak. Nanti pedih2 je rasa kulit. Pakai moisturizer pun boleh rasa pedih.  Kulit pedih one of the signs skin barrier kita tengah problem tau. Ada banyak lagi signs sebenarnya & mungkin akan jadi yang lagi teruk. So better kita avoid siap2 kan? Prevention is better than cure :)


9. Cara Nak Apply Produk
Ada 2 cara nak pakai Kayman HoneyGlo. Pakai atas muka yang kering atau basah. Dedua cara ni ikut korang suka cara macam mana ok. 

Kalau korang nak pakai produk atas kulit kering & korang dah basuh muka guna cleanser, lap muka kering2 dulu & baru apply HGE. Kalau nak apply masa kulit basah, teruskan je apply HGE tu ok.

Step 1 : Ratakan dulu satu muka, biarkan dalam 15 saat untuk bagi masa PHA (NEF) & enzymes dalam HGE  longgarkan sel kulit mati kita. 
Step 2 : Urut muka slow2 dalam masa 30 saat. Cellulose beads tu nanti akan jadi macam habuk2 kecik (product balls up) & habuk2 tu act as scrub yang akan exfoliate kulit kita.


Gosok2 & urut sampai dia jadi macam ni tau. Ni yang dipanggil product balls up.

Step 3 : Bilas macam biasa. Proceed pakai rutin yang lain

Korang boleh tengok tutorial video ni :-




10. Harga & Volume
Harga semestinya mesra poket hehehe RM 55/50ml. Mahal ke? Tak kan?hehehe 50 ml untuk exfoliant/scrub agak besar & berbaloi dengan harga macam tu sebab facial exfoliant kita tak perlu pakai kerap. Seminggu 1-2 kali je. Kalau buat size besar, percaya la sampai produk expired tak habis pakai lagi :)



11. Recommended For?
Siapa yang sesuai pakai Kayman HoneyGlo? Jangan risau, semua jenis kulit boleh pakai. Sesuai untuk:-
  • All skin type
  • Skincare beginner
  • Yang tak pernah exfoliate (1st timer)
  • Yang takut nak try chemical exfoliant (AHA & BHA)
  • Yang tengah cari option untuk gentler exfoliant
Tapi untuk yang ada jerawat & tengah breakout, korang kena hati-hati masa urut muka tau, kalau boleh elakkan urut & gosok dekat tempat yang ada jerawat sebab takut jerawat makin teruk & merebak kat tempat lain.



12. My Personal Experience
Gentlest Scrub Ever!!!! Beads dia halus je tak kasar! Best gila! Kulit Qalbees jenis senang naik redness tau kalau pakai scrub yang kasar. Bila naik redness tu sampai rasa kulit pedih2 means skin barrier tengah kacau sampaikan pakai moisturizer pun boleh pedih, bayangkan. Tapiiiii bila pakai Kayman HoneyGlo, weh tak pedih langsung & tak naik redness pun! I'm impressed! Bonus point lagi, kulit jadi lembut gila tau tak? Nak2 part kat area hidung & dagu. Dah la banyak whiteheads & kasar rasa biji2 tu. Terus jadi lembut gila lepas pakai HoneyGlo tu. Tak tau nak cakap macam mana like seriously licin terus hidung & dagu tak rasa biji2 dah. 

Bila dapat tahu HoneyGlo nak launch dah, Qalbees dengan sengaja nya tak exfoliate kulit 2 minggu. Bayangkan betapa congested nya rasa kulit plus dengan rasa biji2 kat hidung & dagu, dengan kusam je tengok kulit, ya ampun. Tobat la tak nak buat lagi 😂 Bila Qalbees dapat je stock dari stokis, malam tu jugak Qalbees unboxing & pakai terus. Lega sangat2 dapat exfoliate kulit. Rasa kulit dapat bernafas. Somehow rasa instant brightening pun ada jugak. Auto fresh!

Oh lagi satu, setiap pembelian  Kayman HoneyGlo, korang akan dapat FREE Kayman Exfoliating Mit ni tau. Comel teruk kan? Mit ni boleh guna untuk exfoliate badan. Macam buy 1 free 1 hehehe. Kat luar, harga exfoliating mit ni agak mahal ya, tak payah susah2 beli mahal, korang beli je HoneyGlo exfoliant dengan Qalbees, korang dapat free je :) Tapi while stock last. Kalau dah habis, memang habis dah sebab HQ buat special untuk launching je. 


   


Almost 2 bulan dah pakai Kayman HoneyGlo, apa yang Qalbees perasan, kulit kusam memang berkurang gila2 & skin makin glowing & cerah. Skin tak rasa congested pun. Parut jerawat gelap (PIH) pun cepat pudar jugak. Biasa nya amik masa 5-6 bulan kalau tak pakai any brightening products. Semestinya Qalbees pakai dengan produk lain jugak. Kalau nak harapkan 100% pada Kayman HoneyGlo je tak boleh, make sure skincare routine lengkap. Kerjasama antara produk2 ni yang boleh buat kulit kita sihat. Lagi satu, bila kita dah start exfoliate kulit, sunscreen pun tak boleh tinggal tau. Sebab once kita exfoliate, kulit kita makin sensitif dengan UV.

Korang tengok sendiri, parut tu makin pudar kan. Yang ni Qalbees combine dengan Rosa Glow Treatment Essence ( Rosa Glow Treatment Essence Review ) & tak skip sunscreen langsung. Memang cepat pudar weh...

Before : Nov 2021


After : Jan 2022
Disclaimer : Skin tone ada beza sebab lighting ya. Highlight kat parut pudar je

Okay yang ni pulak feedback dari HQ. Ini yang Qalbees maksudkan hidung rasa licin lepas guna Kayman HoneyGlo tu. Tengok ni korang, ketara gila kan??



Jujur cakap, rugi korang tak try Kayman HoneyGlo Facial Exfoliant ni. Yang mana tak jumpa lagi exfoliant/scrub yang sesuai, please try HGE. Untuk yang tak berani pakai chemical exfoliant, korang wajib try jugak. Untuk beginner, korang jangan takut nak exfoliate kulit tau. Kalau korang tak pernah exfoliate, dah try macam2 produk, tapi skin korang masih tak glowing, kusam & parut lambat pudar, senang naik tiny bumps & jerawat, tu salah satu sebab sel kulit mati korang banyak kat lapisan kulit. Selagi korang tak buang sel kulit mati tu, selagi tu apa2 produk yang korang pakai takkan nampak kesan & tak effective. Especially untuk yang pakai makeup hari2 & tak pernah exfoliate, please please exfoliate kulit korang, kita tak nak biarkan sel kulit mati tu terkumpul lama2. Bila dia banyak sangat, akan buatkan pori kulit kita tersumbat. Bila pori tersumbat akan jadi nya jerawat, tiny bumps & macam2 lagi. So, please exfoliate ok :) Okay dah tu je heeehe


Kalau korang nak beli, boleh klik link ni :


Kalau korang nak tanya apa2, please jangan segan2 contact Qalbees, tak kesah kat mana2 IG/Twitter pun, Qalbees akan try guide, bantu & reply mesej korang :) 

Jangan lupa follow instagram Qalbees jugak tau.
IG username : qal.bees
 

Thanks korang sudi baca Qalbees bebel, see you next entry. OKAY BYE!

















Post a Comment

0 Comments