Pemakaian moisturizer dalam skincare routine kita adalah satu keperluan. Tak kesah la skin type kita normal, dry, combination skin even oily skin pun kena moisturize jugak. Kalau korang nak tahu la kan, pakai moisturizer ni antara salah satu step yang kita tak boleh tinggal dalam rutin harian selain sunscreen & cleanser. Sebab moisturizer ni termasuk dalam basic routine.
Sebelum tu, let me explain sikit pasal structure kulit kita. Secara asasnya, dalam lapisan kulit kita ada kelenjar minyak (oil/sebaceous gland) yang tugas dia adalah untuk hasilkan sebum. Sebum ni yang akan protect skin kita daripada moisture loss. Apa pulak moisture loss? Secara semulajadi, Tuhan ciptakan dalam badan kita mengandungi air. Badan kita pulak hari2 banyak expose pada persekitaran & macam2 aktiviti kita buat yang buatkan air boleh tersejat keluar dari badan. So sebum ni yang akan halang air keluar daripada skin kita.
Especially bila kita makin berumur, kelenjar minyak makin kurang power dia untuk hasilkan sebum, so penghasilan sebum jadi berkurang. Sebab tu kita tengok golongan veteran (nenek, atuk, mak & ayah) skin dieorang nampak kering berbanding kita yang muda sikit ni 😊.
Selain umur, hormon, ubat ubatan, diet & lifestyle kita pun boleh effect penghasilan sebum. Sebab tu ada orang yang kulit dia extra berminyak, ada yang kering & ada yang normal. Lain orang lain kulit nya. Kat sini la ingredients dalam moisturizer mainkan peranan penting untuk balance kan balik sebum production & kelenjar minyak pun tak perlu extra bekerja untuk maintain skin kita supaya kekal sihat :).
Jadi, kenapa ya moisturizer penting untuk kulit kita?
Untuk Mengelakkan Masalah Kulit Kering & Kasar
Untuk yang ada jenis kulit dry skin, tak pakai moisturizer boleh buat kulit makin kering & kasar. Bila skin barrier kita tak cukup component atau tak mampu untuk menghalang air keluar daripada kulit, terjadi nya 'moisture loss' dan menyebabkan kulit kita jadi kering. Tambah lagi, kalau kita pakai harsh cleanser & pemakaian cleanser yang salah boleh menyebabkan moisture loss juga.
Membantu Mengurangkan Kedutan & Garis Halus (Wrinkles & Fine Lines)
Siapa yang nak umur dia 30 tahun tapi nampak macam dah 40 tahun? Tak nak kan?Kulit yang kering buatkan wrinkles & fine lines makin obvious & kita akan nampak berumur. Jadi, pakai la moisturizer. Bila skin kita properly moisturized, akan buatkan skin kita nampak plump, firm, berseri & wrinkles & fine lines pun tak nampak & berkurang.
Kurangkan Risiko Masalah Kulit
Untuk skin yang tak pakai apa apa produk atas kulit, ada risiko untuk terdedah dengan macam2 masalah kulit. Contoh nya, bila kita tak pakai any products, ada certain skin akan menghasilkan lebihan minyak, kulit rasa tegang & kering, gatal-gatal & menggelupas. Ini antara tanda-tanda skin barrier kita terganggu. Dengan pemakaian moisturizer, boleh bantu untuk pulihkan skin barrier & maintain supaya kulit kita kekal sihat.
Melindungi Kulit Daripada Kerosakan Persekitaran (Environmental Damage)
Bakteria, microbe, toksin & kotoran daripada persekitaran kita boleh tembus masuk ke dalam kulit & pori kulit kalau skin barrier terganggu & boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat, breakout & lain-lain lagi. Tambahan lagi, selain sunscreen, moisturizer juga boleh membentuk satu protective layer yang menghalang segala kotoran, bakteria & toksin untuk masuk ke dalam kulit.
Makeup Nampak Makin Smooth!
Bila kulit kita cukup nutrient, cukup hydration akan buatkan skin kita smooth & seamless. Senang je nak apply makeup :)
Pemakaian moisturizer akan bagi long-term benefit pada kulit kita. Cuma kita memang kena komited untuk jaga kulit & nak maintain kulit kita supaya kekal sihat. Jangan tinggalkan basic step ni dalam skincare routine kita. Remember this! Oily skin pun kena pakai moisturizer apatah lagi normal & dry skin.
Izinkan QALBEES (skin type: combination oily & acne-prone skin) share my all time favorite moisturizer daripada lokal brand & I would recommend these untuk korang cuba :
Kayman Skintella Moisturizing Gel (SMG) termasuk dalam TOP RANKING MOST SELLABLE PRODUCT antara semua produk Kayman Beauty selain daripada CoalFace Soap (Top Seller CoalFace Soap Review) & Rosa Glow Treatment Essence (Rosa Glow Treatment Essence Review). Powerful ingredients yang ada dalam moisturizer ni adalah Centella Asiatica Extract, Ceramides, Beta Glucan, Squalane & Cholesterol. Kombinasi ingredients ni sangat sangat membantu untuk menenangkan (soothing) & melembabkan kulit serta membantu untuk membaik pulih & maintain skin barrier untuk kulit kekal sihat.
Zarzou Beauty Daily Essential Moisturizer 80ml (RM 59.00)
Produk paling latest oleh Zarzou iaitu Daily Essential Moisturizer yang boleh membantu untuk soothe kulit yang tengah breakout, redness, berjerawat dalam masa yang sama membantu untuk hydrate kulit dengan meningkatkan & mengekalkan moisture di dalam kulit supaya kulit nampak plumped (anjal). Key ingredients yang ada dalam zarzou moisturizer seperti Panthenol, Centella Asiatica, Allantoin & Beta Glucan dapat juga membantu untuk repair & maintain skin barrier supaya kulit sentiasa sihat & smooth.
Final Words
Please jangan skip your daily moisturizer. Kita rasa macam takde kesan apa-apa pada kulit, tapi sebenarnya sel kulit kita terseksa perlukan perhatian juga & kesan pada kulit bila tak pakai moisturizer tak nampak sekarang, tapi masa akan datang nanti. Make time untuk manjakan kulit & your skin will thank you later .
0 Comments