Skincare routine dah ada, tapi tak exfoliate? Dah hydrate kulit & pakai brightening ingredients tapi kulit still nampak kusam & tak berseri? Tu tandanya korang kena include exfoliation dalm rutin korang.
Dia macam ni tau. Teori dia macam macam kupas bawang. Kita kupas kulit bawang yang tak cantik tu untuk dapat kan bahagian dalam dia yang cantik tu kan? Ha sama je macam kulit kita. Maksud exfoliate ialah proses pembuangan sel kulit mati yang terdapat pada permukaan kulit kita & bagi peluang untuk sel kulit baru muncul pulak. Seba tu kulit kita boleh naampak smooth & glowing.
Apa kebaikan exfoliate?
- Bersihkan pori yang tersumbat yang mengandungi sel kulit mati, excess sebum & kotoran
- Bantu untuk mengelak terjadinya jerawat. Pori yang tersumbat boleh menyebabkan jerawat muncul
- Bantu penyerapan produk pada lapisan kulit dalam dengan lebih berkesan sebab sel kulit mati yang menhalang penyerapan dah dibuang
- Sekatakan tona kulit & smoothkan permukaan kulit yang nampak kasar
- Mempercepatkan proses penghasilan sel kulit baru (cell turnover) supaya kulit nampak lebih glowing & berseri
Berapa kerap kita kena exfoliate kulit?
Seminggu boleh exfoliate 2-3x sahaja. Untuk beginner, boleh cuba seminggu sekali dulu. Lepas tu baru slow2 pakai 2x & 3x.
Kekerapan untuk exfoliate ni asas je tau. Apa2 pun bergantung pada kulit korang. Kalau rasa 2-3 kali tu buat kulit korang makin kering atau timbul isu lain, korang kekalkan je 1x seminggu tu. Yang penting kita ada buat. Lagi satu, make sure korang jangan exfoliate hari2 tau. Boleh rosak skin barrier. Bila skin barrier rosak, macam2 boleh jadi muncul kat kulit.
Waktu untuk exfoliate?
Kebiasaanya orang recommend untuk exfoliate waktu malam. Sebab siang kita dah pakai makeup apa semua kan. So best la malam kalau nak bersihkan kulit dari segala kekotoran. Qalbees pun prefer exfoliate waktu malam.
Ni cara Qalbees buat tau. Contoh :-
Isnin - Selasa malam (Exf) - Rabu - Khamis Malam (Exf) - Jumaat - Sabtu Malam (Exf) - Ahad
Kulit Qalbees boleh tolerate exfoliate 3x seminggu & kadang2 bila rajin tu datang, Qalbees akan alternate jenis exfoliant. Ada hari guna scrub, ada hari guna foreo, clay mask & ada hari guna chemical exfoliant. Chemical exfoliant yang Qalbees pernah guna Pixi Glow Tonic (Glycolic Acid) & BHA Paula's Choice (Salicylic Acid). Okay dah.
Okay. Apa itu exfoliation Qalbees dah explain kat atas. Next, Qalbees nak explain jenis exfoliation yang ada. Based on illustration kat atas, exfoliation ada 2 jenis :
1) Physical Exfoliation
• Menggunakan scrub muka, facial tools macam brush, foreo & tuala muka .
2) Chemical Exfoliation
• Guna acid chemical (alpha hydroxy acid a.k.a AHA & beta hydroxy acid a.k.a BHA) dalam bentuk toner atau serum. AHA yang kita selalu jumpa kat pasaran ialah glycolic acid, lactic acid & mandelic acid. Kalau BHA pulak salicylic acid. Korang boleh check dulu ingredients produk tu sebelu beli.
Perbezaan antara physical exfoliant & chemical exfoliant, korang boleh refer kat bawah ni tau .

Let say kalau korang baru nak start exfoliate kulit, untuk beginner, korang boleh cuba guna physical exfoliator dulu macam scrub & facial towel (yang soft2). Urut lembut2 je kat muka jangan kuat2 sangat. Sebab ada certain scrub, biji2 (beads) dia kasar, so boleh menyebabkan microtears pada sel kulit kita. Kalau siapa yang ada masalah jerawat, korang boleh cuba scrub jugak tapi jangan gosok dekat tempat berjerawat tu. Atau pun boleh cuba cari scrub yang beads dia tak kasar & gentle. Ada certain orang, bila dia ada masalah kulit berjerawat, dia prefer guna chemical exfoliant sebab lagi gentle & tak kasar macam physical scrub. Apa2 pun, korang ikut kesesuaian kulit korang tau.
Untuk yang dah ada routine yang kukuh sahaja, boleh cuba incorporate AHA atau BHA dalam routine. Korang boleh start dengan percentage yang paling rendah dulu. Jangan terus pakai yang high pecentage. Lagi satu, korang kena ingat, risiko bila korang pakai acid as chemical exfoliant ni, kulit korang terdedah dengan risiko purging. Purging tu apa? Secara ringkasnya dia macam breakout sama ada keluar jerawat & tiny bumps tapi tak lama macam breakout sebab lepas tu skin kita akan sihat macam biasa. Nanti Qalbees buat lagi 1 entry apa beza purging dengan breakout ok.
Lagi satu nak highlight, bila dah start pakai acid, WAJIB PAKAI SUNSCREEN. WAJIB. Sebab bila pakai acid, kulit kita makin sensitive dengan sunlight. Same goes to yang beginner jugak. Routine dah cantik dah, tapi spoil sebab tak pakai sunscreen. Penting tau korang sunscreen ni.
Apa2 pun listen to your skin & ikut keselesaan kulit korang. Mana satu yang sesuai. Physical atau chemical. Mana yang tak yakin atau ada problem on your skin, consult dulu dengan professional atau dermatologist.
So, goodluck mencuba korang :)
Last but not least, anyone yang nak cuba pakai Kayman Beauty & Zarzou Beauty, korang boleh klik dekat link yang Qalbees dah letak bawah ni. Tanya2 dulu pun takpe :)
Thank you pada yang sudi baca & jumpa next entry 😊
0 Comments