Kayman Coalberry Cleanser Review - 200% Review Jujur

Kali ni nak cerita pasal cleanser baru Kayman which is Coalberry Cleanser. Sebab apa ada Berry kat nama tu? Jeng jeng jeng.. sebab...formulation dia yang baru kali ni ada 10 berries extract. Sebelum ni Kayman memang ada liquid cleanser, tapi yang tu dah discontinued. Ingredients lama maintain which is honey extract & activated charcoal cuma yang version baru ni dia tambah 10 berries extract.

Ni rupa packaging baru, cantik kan? curlasss botol dia 😍😍😍


Packaging botol ombre tau. Korang boleh nampak level produk korang kat bawah bila dah nak habis. So korang boleh standy stock siap2.

Texture


Eh warna hitam? yassssss. Mengancam kan? Suka gila texture dia. Dia macam gel texture sikit & likat. Picit sikit je banyak buih dah. Jangan risau. Buih dia tak buat kulit rasa kering pun lepas guna. Foam dia gentle on skin. Rugi korang tak try lagi :p


Ingredients (Refer Kayman Beauty Website)
Aqua, Ammonium Laureth Sulphate, Cocamidopropyl Betaine, Coco-Glucoside, Glyceryl Oleate, Fragaria Vesca L. (Strawberry) Extract, Euterpe Oleracea (Acai Berry) Extract, Vaccinium Cyanacoccus Rydb. (Blueberry) Extract, Rubus Idaeus Linn. (Raspberry) Extract, Lycium Barbarum L. (Gojiberry) Extract, Rubus Fruticosus L. (Blackberry) Extract, Vaccinium Macrocarpon (Cranberry) Extract, Vaccinium Myrtillus (Bilberry) Extract, Morus Nigra L. (Mulberry) Extract, Myrciaria Dubia (Camu-Came) Extract, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Polyquaternium-7, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Phenoxyethanol, Triethylene Glycol, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf EXtract, Poloxamer 184, Activated Charcoal Powder, Honey Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Disodium EDTA

Key ingredients untuk Coalberry Cleanser ada 3 which are :

1) Activated Charcoal 
~ Boleh serap & buang toksin, kotoran & sebum yang ada pada kulit

2) Honey Extract
~ Anti-Microbial & bagi khasiat pada kulit
 ~ Melembabkan kulit

3) 10 Berries Extract
~ Sebagai anti-oxidants pada kulit
~ Mencerahkan kulit
~ Anti-aging

Bila tengok ingredients tu tahu tak agak2 apa benefit yang cleanser ni boleh bagi kat kulit kita? Basically Coalberry Cleanser ni boleh bersihkan kulit kita, lebih fokus pada anti-microbial, antioxidant & bantu cerahkan kulit jugak. Dan lagi satu, cleanser ni low pH cleanser tau. Anyone yang still tercari cari cleanser apa yang low ph, this one is for you.

The ph of our skin’s protective barrier is between 4.5 & 5.5. 

Bayang kan kalau kita pakai high ph cleanser, ph kulit kita akan jadi tak balance kan? So bila tak balance, dia akan kacau skin barrier tu, bila skin barrier kena kacau, dia dah tak effective untuk halang segala jenis bacteria & pollutants masuk skin kita, eventually will lead to acnes, infections & irritation. That’s why penting untuk kita pakai cleanser yang low pH. Jangan amik remeh okay guys .

Harga 

RM 49 / 120ml. 120ml? banyak kan? Boleh tahan 2-3 bulan & depends pada penggunaan kita jugak.

My Precious Personal Thoughts

This is another cleanser yang Qalbees takkan tak pakai. Ya Allah rasa lembut je kulit toink toink. Qalbees guna Kayman Coalberry Cleanser sebagai morning cleanser. Sebab dia very gentle & syiokkk je bila massage kat kulit. Kadang2 alternate guna coalface soap jugak. Setakat ni 2 cleanser Kayman which is Coalface Soap & Coalberry Cleanser, dedua ni best sangat2, tak tinggalkan rasa dry & tight langsung lepas cuci muka. Qalbees dah try banyak jugak cleanser kat drugstore, banyak tak ngam & rasa kulit kering sangat. Kering kontang 😹

So, pada sesiapa yang nak cuba Coalberry Cleanser dari Kayman Beauty, jangan segan silu klik link kat bawah ni ok. Korang nak tanya benda2 lain yang related dengan skincare pun boleh. Lagi satu, Kayman ada produk yang lain jugak, korang boleh la jengah2 yang lain ye.

1) Kalau nak whatsapp, nak tanya apa2, feel free je mesej Qalbees okay :) jangan lupa follow ig & twitter Qalbees sekali 😊

2) Link Shopee, kalau korang nak jimat postage boleh cari kat sini :)


Thank you pada yang sudi baca & jumpa next entry, 
OKAY BYE!

Post a Comment

0 Comments